Bicara Minda yang bermula pada 2018 berkonsepkan talk-show bersama tokoh politik terkemuka negara, dihoskan Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar.

Kebetulan pada waktu itu, Pakatan Harapan (PH) baru sahaja menumbangkan pemerintahan Barisan Nasional (BN), maka berlaku kebebasan 'luar biasa' dalam program temu bual di media sosial.

Tradisi baharu juga berlaku pada masa itu apabila lebih banyak isu dapat dibincangkan dengan lebih terbuka.

Masa berganti, program Bicara Minda ditambah baik dan dikenali kini sebagai Bersama Johan Jaaffar.

Mengekalkan hos yang sama, namun kini mengundang tetamu istimewa dari pelbagai latar belakang seperti tokoh korporat, NGO, sukan, seni juga sastera.

#BicaraMinda #BersamaJohanJaaffar #politik #politikMalaysia #temubual #wawancara #JohanJaaffar #TokohWartawanNegara